Macam Mana Nak Transform Video Biasa Menjadi High Impact Converting Video Ads?

Tanpa keluar duit upah content creator
Tanpa keluar duit upah user generated creator
Tanpa keluar duit upah orang buat dan edit video
Tanpa buat video live berjam-jam lamanya
Tanpa tunjuk muka sendiri dalam video tu

Pertama, anda harus akur dengan trend semasa.

Kalau dulu, buat video “bodo” pun, dah cukup untuk tarik perhatian dan buat sales.

Hanya buat video slide, dah cukup power untuk buat sales yang boom. Tapi itu cerita dulu.

Sekarang?

Untuk video, trend sekarang adalah video yang ada tunjuk muka dan suara bercakap.

Contoh macam video di bawah:

Harap anda jelas tentang trend video sekarang.

Kenapa anda perlu akur bahawa jenis video macam tu sangat power untuk tarik perhatian dan tarik sales?

Cuba cek dan tanya diri anda sendiri?

“Adakah anda akan stop skroll bila jumpa video macam tu dan topiknya ada kaitan dengan masalah yang anda sedang hadapi?”

Saya gerenti jawapannya ialah YA.

Bukanlah diri anda semata sebagai faktor yang menyebabkan video jenis macam tu menjadi trend dan powerful waktu sekarang.

Tetapi..

Berdasarkan data pengiklanan; TikTok Ads atau Facebook Ads.

Daripada data iklan. Video jenis macam tu, memberikan result yang sangat SUPER!

1. CTR (click thru rate)

CTR (click thru rate) yang sangat tinggi. Bermaksud, ramai yang suka dengan video itu kerana terdapat banyak action click berlaku ke atas video tersebut.

Apabila banyak action click. Bermaksud engagement rate video itu juga sangat tinggi.

Apabila kesemua rate ini tinggi, maka…

2. Cost per impression (CPM)

Cost per impression (CPM) menjadi lebih murah. Iklan anda akan dihantar kepada lebih ramai prospek dan menjadi viral.

Contohnya:

Kalau run iklan gambar, cpm ialah RM20 per 1000 orang yang melihat iklan.

Kalau run guna video, cpm ialah RM10 ke bawah per 1000 orang yang lihat iklan.

3. Apabila 2 Metric Terkawal

Apabila 2 metric ini iaitu CTR dan CPM terkawal.

Secara automatik, kos-kos yang lain juga akan menjadi SUPER seperti

Reach sangat tinggi dengan kos murah, Cost per link click murah, Cost per outbound murah, Cost per message murah, Cost per landing page murah

Cost per purchase murah dan boleh capai di bawah rm10-20.

Dan metric-metric lain juga akan ikut terkesan.

Sebab itulah…

Dalam pengiklanan berbayar. Ads setting tidak penting. Yang penting ialah…

Content Ads itu sendiri yang SANGAT PENTING!

Seharusnya, 90% energy anda dalam pengiklanan berbayar fokus kepada content ads.

Ads setting hanya 10%.

Masalahnya…

Nak buat video mengikut trend sekarang, bukannya senang.

Kena ada bakat
Kena tulis skrip
Kena pandai bercakap
Kena pandai buat video
Dan yang paling utama…

TAK MALU DEPAN KAMERA

Kalau ada modal, boleh la upah content creator paling murah dalam RM100 per video.

Kalau run ads, minimum perlukan 5 video. Dah kena keluarkan RM500.

Kalau tak ada modal?…

Tuan puan…

Kita sekarang di zaman Ai.

Untuk pemula, saya sangat galakkan untuk anda gunakan Ai buat video trend tu.

Jadi, tak perlulah keluarkan modal yang besar. Semata untuk hasilkan video trend.

MANIPULASI AI UNTUK HASILKAN VIDEO TREND YANG SUPER CONVERT!

Objektif: Menghasilkan video berdurasi 30 saat – 1 minit.

LANGKAH PERTAMA

Sediakan video biasa. Nak guna video lama yang anda pernah buat atau yang tersimpan dalam phone anda sekarang pun boleh.

Kalau anda stokis, reseller, dropshipper, agen. Boleh gunakan video yang HQ telah sediakan.

Kalau anda seorang seller atau affiliate TikTok, boleh gunakan video yang dibenarkan untuk anda re-use.

Dan apa sahaja jenis video biasa yang anda fikirkan. Anda boleh gunakannya.

Contohnya, saya nak jual gam cermin yang viral di TikTok. Maka saya download video ini dari TikTok.

Kemudian…

LANGKAH KEDUA

Tulis skrip untuk suara yang bercakap di dalam video.

Tak pandai tulis skrip?

Jangan risau. Gunakan Bing Copilot. Ai ini boleh bantu anda hasilkan skrip yang wow.

Bagi arahan kepada Bing Copilot seperti berikut:

“Saya seorang penjual produk nama produk, tuliskan skrip untuk dibaca yang apabila prospek mendengarnya, mereka tidak sabar untuk membeli produk ini, skrip itu mengandungi 200 patah perkataan dan untuk dibaca dalam tempoh 30 saat”.

Selepas skrip siap…

LANGKAH KETIGA

Buka elevanlabs dan paste skrip ke dalam Ai ini untuk hasilkan voice over.

Sebaik sahaja anda selesai dengan voice generation, download voice over tersebut dan simpan ke dalam device anda.

Seterusnya…

LANGKAH KEEMPAT

Cipta model manusia sebagai tukang bercakap di dalam video anda.

Sama seperti langkah kedua. Anda boleh gunakan Bing Copilot. Berikan arahan seperti di bawah:

“Cipta gambar seorang lelaki/wanita melayu malaysia yang memakai tudung, berpakaian kemaja/blouse, sedang memandang ke arah kamera, dan bersedia untuk bercakap dan memberikan review tentang sebuah produk, berlatarbelakangkan sebuah kedai di kawasan bandar”.

Maka terhasil lah model seperti ini…

Download gambar yang dihasilkan dan simpan ke dalam device anda.

LANGKAH KELIMA

Convert gambar model untuk menjadi video yang bercakap.

Dalam langkah ini, anda perlukan sebuah Ai yang boleh convert gambar jadi video bercakap.

Saya mencadangkan anda gunakan Viral Faces Ai sebab harganya yang sangat murah berbanding Ai lain.

Upload gambar dan voice yang telah anda hasilkan dalam langkah ketiga dan keempat ke dalam Viral Faces Ai.

Dan hasilnya…

Viral Faces Ai ni, kalau beli dengan owner, harga dia RM300.

Tapi kalau dapatkan daripada saya. Hanya rm79 (JIMAT RM251) OFFER RAYA HAJI yang boleh didapatkan di laman web di bawah:

LENGKAP DENGAN TUTORIAL DALAM BAHASA MELAYU

Dan langkah terakhir…

LANGKAH KEENAM

Upload video biasa dari langkah pertama, dan juga video bercakap dari langkah kelima.

Ke dalam apps CapCut.

Anda akan gabungkan kedua-dua video ini menjadi satu video yang powerful.

Caranya macam ni…

Jika anda nak masukkan lagu background pun boleh. Tapi dalam contoh ini saya tak masukkan lagu background.

Dan hasilnya…

Jadi macam mana?

Tak susah pun kan?

Yang penting.

Anda berjaya hasilkan satu video trend yang powerful dan super convert.

Dah baca. Dah faham.

Jangan tangguh tuan puan.

Terus take action!

Semoga membantu kencangkan sales tuan puan!

-Shaiful Azhan